PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan perhimpunan haram di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini, walaupun diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya membatalkan cadangan berkenaan.
Katanya, ia bukan gerakan bermusim kerana ia akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri ketujuh seperti yang dipersetujui pimpinan pembangkang.
“Jika Anwar dibebaskan, beliau akan balik ke kampung untuk meraikan keputusan itu dan jika ditahan, kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut Anwar dibebaskan daripada kezaliman... yang penting perhimpunan tetap diteruskan,” katanya pada sidang media selepas majlis taklimat sempena perhimpunan di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.
Ditanya tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan seolah-olah sudah mengetahui keputusan mahkamah, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata berdasarkan pengamalan lalu dan persepsi rakyat ketika ini, pihaknya terpaksa menjangkakan senario terburuk pada hari berkenaan.
“Sudah tentu pilihan terbaik adalah meraikan pembebasan Anwar oleh mahkamah, tetapi itu hampir tidak mungkin walaupun kami percaya Anwar tidak bersalah,” katanya.
Terdahulu dalam kenyataan dua halaman, Mohamed Azmin berkata keputusan mahkamah Isnin ini bukan hanya membabitkan Anwar dan keluarga, sebaliknya seluruh rakyat Malaysia.
“Peringatan keras kepada UMNO, apapun konspirasi untuk memenjarakan Anwar, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman.
“Pembangkang sepakat Anwar ialah Perdana Menteri ketujuh. Walau apapun keputusan 9 Januari ini, pimpinan PKR bersama pembangkang dan rakyat bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat,” katanya.
Sumber Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.