GEORGE TOWN, 17 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Jumaat menggesa 2,183 pemilih yang status mereka diragui supaya menukar kad pengenalan kepada MyKad secepat mungkin jika mereka mahu mengekalkan status sebagai pemilih berdaftar.
Pengarahnya Morat Pora berkata kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan nama mereka digugur sebagai daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
"Apabila kita rujuk dengan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kad pengenalan mereka tidak aktif (masih menggunakan kad pengenalan lama). Jadi bila kad pengenalan tidak aktif, kita (SPR) tidak boleh kekalkan mereka dalam daftar pemilih.
"Kita sudah pamerkan senarai nama ini sehingga 31 Dis 2011. Kemudian, atas permintaan PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya) kita lanjutkan sehingga 31 Jan 2012. Tetapi, sehingga semalam kita cuma terima sembilan maklumbalas dari 2,183 pemilih ini," katanya pada sidang akhbar di sini.
Katanya, jumlah rakyat yang berumur 21 tahun ke atas bagi tempoh itu ialah 957,350 orang dan ini bermakna 154,046 orang atau 18.2 peratus daripada warga yang layak mengundi masih tidak mendaftar sebagai pemilih.
-- BERNAMA
MENARIK: PERHATIKAN APA YANG PELIK
4 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.