KUCHING: “Biarlah ujian DNA (asid deoksiribonukleik) yang menentukannya, tetapi saya bersedia menerima segala kemungkinan,” kata Roni Sahari, 59, bapa kepada Mohd Idris yang hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Midin, di sini, Rabu lalu.
Mengulas penemuan kepala manusia di Ulu Sungai Samariang, petang kelmarin, Roni berkata, ia bukan anaknya berdasarkan gigi selepas melakukan pengecaman di bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), kelmarin.
“Tidak ada bukti mengatakan kepala ditemui itu milik anak saya kerana keadaannya tidak sempurna. Hanya keputusan ujian DNA yang akan diketahui beberapa hari lagi dapat menentukan perkara itu.
“Namun saya berserah dan sedia menerima segala kemungkinan kerana sudah beberapa hari kejadian berlaku. Bagaimanapun jika anak saya meninggal dunia, saya berharap jasadnya ditemui bagi membolehkan ia disemadikan dengan sempurna,” katanya, semalam.
Roni berkata, sepanjang 17 tahun tinggal di kampung itu, belum ada kejadian penduduk menjadi mangsa buaya.
“Jika benar anak saya mati dibaham buaya, ia kejadian pertama berlaku di kampung ini dan penduduk kampung perlu lebih berwaspada selepas ini,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad mendapati, sebahagian besar penduduk kampung percaya mangsa dibaham buaya selepas melihat kelibat reptilia ganas itu berhampiran kawasan kejadian.
Penduduk, Herry Yuzan, 30, berkata dia pernah melihat anak buaya ketika pergi ke sungai untuk mencari kayu bakau.
“Beberapa penduduk lain juga pernah terserempak dengan anak buaya ketika turun ke sungai. Kami percaya, jika ada anaknya, pasti ada ibunya,” katanya.
sumber mymetro

0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.