Lazada Malaysia

Pengawal Keselamatan Rogol Kanak-Kanak Di penjara 10 tahun

Photo credit to utusan Malaysia Online
KOTA BHARU 12 Jan. - Seorang pengawal keselamatan sebuah bank di ibu negara, dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sembilan bulan, dua tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yuzwan Hamat, 26, selepas lelaki itu mengaku merogol mangsa di rumah kakak ipar mangsa di Kampung Bukit Tiu, Machang, dekat sini antara pukul 11 malam, 20 Januari 2010 dan pukul 1 pagi, keesokan harinya.
Hukuman penjara tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Januari lalu di Kuala Lumpur.
Dakwaan terhadap Mohamad Yuzwan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali, kira-kira pukul 10 malam pada hari kejadian, mangsa tidur bersama seorang adik perempuannya di dalam bilik di rumah saudaranya itu.
Pada masa itu, tertuduh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berjumpanya dan selepas sejam iaitu lebih kurang pukul 11 malam, tertuduh masuk ke bilik mangsa melalui tingkap yang tidak berkunci.
Mereka berbual-bual dan mangsa mendakwa tertuduh mengajaknya melakukan hubungan seks selain berjanji akan mengahwininya.
Selepas melakukan perbuatan rogol tersebut, tertuduh keluar melalui tingkap lebih kurang pukul 1 pagi.
Keesokannya lebih kurang pukul 5 petang, mangsa menceritakan kepada kakak iparnya tentang kejadian itu dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Machang.
Hasil pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini menunjukkan mangsa telah dirogol.
Tertuduh bagaimanapun melarikan diri dan dia berjaya ditangkap pada pukul 2.48 petang, 4 Januari lalu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Sumber Utusan Malaysia Online


Blog, Updated at: Friday, April 13, 2012

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG