KUCHING: Polis menasihati penyokong setiap parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya tidak mengadakan perarakan semasa proses penamaan calon hari ini.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bagi PRU13 ACP Azam Abdul Hamid berkata, tidak ada sebarang perarakan dibenarkan walaupun pada jarak dekat menuju pusat penamaan calon.
Menurutnya, penyokong parti hanya boleh berkumpul di kawasan dibenarkan semasa proses penamaan calon sahaja.
“Kita (polis) tidak membenarkan mereka (penyokong) membuat perarakan dan mengganggu aliran trafik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Superintenden Mohd Najid Jusoh.
Malah, menurutnya, orang ramai juga diminta menjauhi pusat penamaan calon dan tidak dibenar mengibarkan bendera parti semasa proses tersebut berjalan.
“Pengibaran bendera parti hanya dibenarkan selepas selesai proses penamaan calon,” ujarnya.
Semasa proses berkempen, Azam berkata, setiap parti perlu menasihati pekerja atau penyokong supaya memasang bahan kempen mengikut peraturan ditetapkan.
“Jangan pasang bahan kempen di tempat tidak dibenarkan dan mengganggu aliran trafik,” jelasnya.
Selain itu, menurutnya, setiap ceramah yang diadakan perlu meminta kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu termasuk menyenaraikan nama penceramah.
“Penceramah yang tidak disenaraikan tidak dibenarkan untuk bercakap.
“Tidak ada penceramah payung terjun dibenarkan, kalau nama tidak tertera maka kita berhak memberhentikan ceramah,” kata Azam.
Mengulas mengenai penugasan anggota polis, Azam menjelaskan, seramai 1,800 anggota dikerah untuk mengawal keadaan dan keselamatan di 31 pusat penamaan calon seluruh negeri.
Tambahnya, penempatan anggota turut diperkuat dengan enam unit Unit Pencegah Rusuhan (PORU) yang mana dua unit di Kuching dan masing-masing satu unit di Sibu, Miri serta Bintulu manakala satu unit sebagai simpanan.
“Dengan penempatan anggota ini, kita yakin keadaan keselamatan terkawal pada hari penamaan calon.
“Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau kerana mereka boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” tambahnya.
Secara keseluruhannya, seramai 6,500 anggota polis ditugaskan sepanjang PRU13 berlangsung dan turut diperkuat dengan sokongan anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

sumber Borneo Post
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.