Lazada Malaysia

SPR | Tempoh berkempen untuk PRU13 tamat 11.59 malam ini


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengingatkan semua parti politik bahawa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bermula 20 April lepas, akan tamat pada 11.59 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan lang­sung terutamanya pada hari mengundi.

Pada Ahad ini, katanya, SPR akan menguatkuasakan subseksyen 26(1) Akta Ke­salahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.

Akta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang mem­buka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

“Dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi, adalah dilarang menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tem­pat mengundi, menyemak dalam senarai nama, merayu-rayu atau memujuk supaya orang tidak mengundi serta menunggu atau berdiri di tempat mengundi (tanpa sebab munasabah),” ka­tanya.

Abdul Aziz berkata,pada hari itu juga, SPR melar­ang mana-mana calon atau penyokongnya merayu undi di dalam bahagian pilihan raya dan dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi atau dalam tempat mengundi memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan atau payung yang tertera nama calon, lambang dan simbol parti politik.

Bagi kesemua kesalahan itu, katanya, pesalah boleh dipen­jarakan sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, rumah persend­irian yang berada dalam ling­kungan jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi juga tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat berkumpul dan meraih undi.

“Pejabat parti dalam ka­wasan 50 meter (sedia ada) dibenarkan beroperasi tetapi tidak boleh digunakan se­bagai tempat meraih undi,” katanya.

Abdul Aziz turut mengin­gatkan pelbagai pihak supaya tidak menjual, menawar atau membeli kertas undi dan mereka yang berbuat demikian, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka yang disabitkan juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya seh­ingga lima tahun dari tarikh sabitan.

Abdul Aziz juga mengin­gatkan supaya tidak meng­ganggu pengundi kerana se­siapa yang berbuat demikian boleh dihukum mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia mem­peruntukkan sesiapa yang menghalang pengundi yang berhak, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua ta­hun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duan­ya,” katanya. — Bernama


Sumber Borneo Post


Blog, Updated at: Saturday, May 04, 2013

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG