Bagaimanapun, kegiatan jijik suspek berusia 27 tahun itu berakhir apabila polis menahannya di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, di sini, jam 3.45 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek membuat pelbagai tipu helah untuk memperdayakan mangsa selain menyasarkan remaja perempuan bagi tujuan melampiaskan nafsunya.
Menurutnya, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa yang berusia 30 tahun menaiki kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Ipoh dan suspek yang lalu di tempat kejadian menawarkan bantuan untuk membawa kenderaan berkenaan ke bengkel berhampiran. “Suspek mengambil RM100 daripada lelaki yang melanggar mangsa dan memberitahu dia akan membawa ke bengkel bagi memperbaiki kenderaan itu. Pada jam 8 pagi keesokan harinya, mangsa menemui suspek di bengkel berhampiran sebuah sekolah memandu di Jalan Lahat-Simpang Pulai dan ketika itu premis berkenaan belum dibuka.
Berita selanjunya di SINI
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.