Lazada Malaysia

Piala Malaysia | Masih ada sinar buat Sarawak

KUCHING: Masih ada sinar buat Sarawak melangkah ke separuh akhir saingan Piala Malaysia musim ini, biarpun sekadar seri tanpa jaringan menentang KL Sime Darby FC pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Skuad Ngap Sayot dilihat mempunyai kelebihan untuk layak ke separuh akhir, tatkala beraksi di gelanggang keramatnya, di Stadium Negeri pada perlawanan suku akhir kedua nanti.

Beraksi di Stadium Negeri sudah pasti mendatangkan gerun kepada KL Sime Darby FC memandangkan anak-anak buah Robert Alberts memiliki rekod cemerlang dan tidak terkalah dalam tiga perlawanan terakhir di gelanggang sendiri sebelum ini.

Dalam saingan peringkat Kumpulan D, Sarawak kebal di gelanggang sendiri (Stadium Negeri) apabila mengalahkan Lions XII FC (2-1), membenam Kedah (4-0) dan membelasah Perak dengan 6-1.

Menurut Alberts, biarpun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama, skuadnya mempunyai peluang cerah untuk layak ke separuh akhir nanti.


Berita selanjutnya di Sini






Blog, Updated at: Monday, September 30, 2013

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG