Lazada Malaysia

Kebakaran | Rumah Lawat 15 pintu ranap dijilat api

photocredit to Borneo Post
SARATOK: Sebuah rumah panjang 15 pintu diperbuat daripada struktur separuh konkrit dan kayu di sini musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 2.45 petang semalam.

Rumah Lawat, Sungai Li­bas, Sungai Antu Temudok Krian Saratok didiami sekitar 200 penduduk terletak 15 kil­ometer dari Pekan Saratok.

Penduduk, Jantan Dudum, 68, berkata ketika kejadian dia sedang berehat menonton televisyen.

“Secara tiba-tiba saya ter­hidu dan terlihat asap tebal keluar daripada salah satu pintu rumah panjang berk­enaan.

“Situsi berlaku begitu pan­tas dan api marak begitu cepat sehingga penduduk berada di rumah panjang pada waktu itu gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting.

“Sebaik sahaja menyedari rumah terbakar, saya terus menjerit memaklumkan ke­pada penduduk rumah pan­jang lain sebelum bergegas menyelamatkan isteri dan anak yang berada dalam bi­lik,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Tambahnya, apabila semua penghuni rumah meny­edari kebakaran itu dia terus menyuruh mereka mengam­bil air dan meminta bantuan penduduk terdekat bersama-sama memadamkan api.

“Selepas itu, saya terus menghubungi pihak bomba memaklumkan tentang ke­jadian kebakaran berlaku,” katanya.

Menurutnya, semasa ke­bakaran tersebut kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana masing-masing sudah keluar pergi ke kebun atau ke Pekan Saratok.

“Kami bernasib baik kerana insiden tersebut tidak mer­agut nyawa penghuni rumah panjang ini kerana angin begitu kencang menyebabkan api mudah merebak ke rumah bersebelahan yang dibina agak rapat antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Saratok Moha­mad Darul Azreen Md Desa berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.30 petang.

“Berdasarkan laporan yang diterima, 15 pintu rumah panjang berkenaan musnah sama sekali namun tiada ke­malangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tambahnya, dua buah jentera pemadam api masing-masing sebuah dari Saratok dan sebuah lagi dari Balai Bomba Betong bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan kejadian tersebut.

“Cuaca panas, kering dan angin bertiup agak kuat pada waktu kejadian menyebab­kan api merebak pantas hingga menyukarkan usaha memadam dan mengawal kebakaran.

“Bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengawal kebakaran,” katanya.

Dalam pada itu, semua penghuni rumah panjang tersebut dipindahkan ke dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Antu untuk sementara waktu.

Pegawai Daerah Saratok Mohamad Iqmal Abdullah bersama Jabatan Kebajikan Saratok turut meninjau ke­bakaran tersebut dan men­yampaikan bantuan segera kepada mangsa.

Punca kejadian dan jumlah kerugian ditanggung oleh penduduk terlibat masih dalam siasatan.



Sumber Borneo Post


Blog, Updated at: Wednesday, March 05, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG