Lazada Malaysia

SK Tellian akan mendapat bangunan baharu


MUKAH: Bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tellian yang menelan kos RM19 juta merangkumi 12 bilik darjah dan keperluan asas lain akan didirikan di seberang padang sekolah SK Kampung Tellian.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, murid SK Kampung Tellian sekarang ini masih menumpang bangunan SK Mukah yang sudah pastinya keadaan begitu sesak dan tidak selesa.

Justeru dengan wujudnya bangunan baharu itu nanti ia akan membantu murid sekolah tersebut belajar dengan lebih selesa.

“Perkara ini akan menyebabkan keadaan lebih sesak dan menimbulkan satu masalah, jadi perlu ada sekolah yang baharu.

“Pembinaan bangunan baharu ini diharap meringankan beban anak-anak kita dan seterusnya saya harap mereka akan menjadi lebih baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tellian semalam.

Sementara itu Muhyiddin akan memastikan sekolah tersebut akan diwujudkan untuk masa depan anak-anak.

“Peruntukan kita akan sediakan walaupun terlewat sedikit kerana setiap permohonan diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) kerana terlalu banyak projek untuk dilaksanakan, tetapi saya telah bagi tahu bila saya nak ke kampung ini agar pihak EPU mesti luluskan peruntukan yang saya sebutkan.

“Ia tidak boleh dilengahkan kerana ia adalah yang paling penting dan saya dimaklumkan murid SK Tellian masih manumpang di SK Mukah.

Selain itu, menyedari bahawa pendidikan adalah amat penting untuk keperluan masa depan anak-anak, beliau menasihati ibu bapa agar tidak mengabaikan soal pendidikan anak-anak.

sumber Borneo Post


Blog, Updated at: Friday, March 21, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG