Lazada Malaysia

3 Kanak-Kanak Rentung dalam Kebakaran

KUCHING : Satu kebakaran telah berlaku di Kampung Tabuan Foochow Kuching pada awal pagi tadi menyebabkan 3 kematian kanak – kanak yang dilaporkan rentung dalam kebakaran.

Menurut sumber, kejadian tersebut telah mengorbankan dua beradik manakala anggota bomba dan penyelamat menemui satu lagi mayat tidak diketahui identitinya.

Nur Diana, 5, manakala adiknya Nur Syaza, 3, mayat kedua beradik itu ditemui rentung dibawah katil di dalam bilik.

Kejadian yang melibatkan 8 buah rumah yang berdekatan antara satu sama lain itu musnah dijilat api sekaligus menyebabkan 3 kematian manakala 64 mangsa yang terlibat turut terjejas.

Ketiga-tiga mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat. Manakala, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Disamping itu, ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut, YB Dr Hazland Abang Hipni juga sempat meluangkan masa melawat kawasan kebakaran serta bertemu dengan ahli keluarga mangsa.-SARAWAKIANA


Blog, Updated at: Wednesday, May 07, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG