Lazada Malaysia

Mah Sasar Laksana 80 Peratus Janji Manifesto

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mensasarkan untuk melaksanakan sehingga 80 peratus janji dalam manifesto pilihan rayanya dalam tempoh lima tahun jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan.

Beliau yang juga Presiden Gerakan yakin dengan intipati manifestonya berbanding janji yang ditaburkan pihak tertentu kepada rakyat kawasan itu.

“Saya tidak mahu manifesto saya hanya sekadar janji-janji kosong,” katanya pada sidang media mengenai manifestonya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di pejabat Gerakan di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa manifesto itu tidak diumumkan lebih awal dan hanya dilakukan seminggu selepas hari penamaan calon 19 Mei lalu.

Siew Keong berkata, manifesto pilihan rayanya lebih menumpukan kepada pembangunan ekonomi Teluk Intan, pelancongan dan memberi keutamaan kepada komuniti.

Katanya, ia akan melibatkan kemajuan dari segi ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, merancakkan pelaburan di Teluk Intan serta menjadikan bandar itu sebagai pusat pertanian moden di Hilir Perak.

“Teluk Intan juga mempunyai potensi sebagai pusat pelancongan. Saya juga akan berusaha untuk memastikan Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Saya juga akan memastikan tebing sungai akan dibangunkan untuk menjadi lokasi pelancong yang akan menarik lebih ramai pelabur serta merangsang ekonomi tempatan.

“Selain itu, setiap komuniti seharusnya mempunyai pusat komuniti, menangani masalah pengairan dan pembekalan air, mewujudkan lebih banyak kemudahan sukan dan mengadakan lebih banyak zon WiFi di Teluk Intan,” katanya.

Beliau menambah, manifestonya turut akan memastikan penubuhan universiti di Teluk Intan untuk golongan muda.

Ditanya mengenai peruntukan untuk manifesto, katanyam tiada anggaran bajet dibuat tetapi ia lebih kepada niat dan hasratnya untuk mencapai perkara itu.

“Saya tak ada anggaran (peruntukan). Kita hendak beritahu bahawa ia (manifesto) bukan sahaja mengenai wang tetapi niat dan hati kita terhadap kerja yang ingin kita buat untuk merealisasikan perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengenai peluangnya bertanding pada PRK Teluk Intan, Mah berkata, ia masih jangkaan 45-55 peratus dan beliau menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’.

Katanya, ia disebabkan oleh maklumat tidak sahih yang disebarkan di Internet, Facebook dan media sosial serta kempen secara diam yang dianggap sebagai taktik politik kotor.

“Kita masih mempunyai beberapa hari lagi. Saya menjangkakan kita akan memperoleh 51 peratus menjelang Sabtu ini. Itu sasaran saya,” katanya. -mstar


Blog, Updated at: Tuesday, May 27, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG