Lazada Malaysia

Misteri Sampan Berpusing Tengah Laut Terjawab

TANJONG KARANG - Tanda tanya seorang kaki pancing yang terkejut melihat sebuah sampan berpusing tanpa kelibat orang rupa-rupanya membawa berita kehilangan seorang lelaki sejak semalam.

Sinar Harian difahamkan, keadaan sampan yang berpusing-pusing tanpa henti kira-kira lima kilometer dari pesisiran pantai Sungai Kajang, di sini menimbulkan tanda tanya sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

Mangsa, Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, dipercayai turun ke laut seorang diri pada Ahad lalu sebelum sampannya ditemui kaki pancing yang lain yang lengkap peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit.


Rakan mangsa, Khairi Nordin, 52, berkata, biasanya dia dan Hassan Ashari akan turun ke laut bersama-sama hampir setiap hujung minggu untuk mencari hasil ikan untuk stok makanan mereka sekeluarga.

"Tapi kebetulan masa kejadian, saya tak ikut dan terkejut bila dapat panggilan kawan-kawan yang mengatakan jumpa sampan Hasan tapi tiada kelibatnya. Saya bimbang dia terjatuh sebab sampannya berpusing sampai habis minyak," katanya sebak.

Isteri mangsa, Maifuzah Jaid, 37, berkata, dia tak menyangka panggilan daripada suaminya kira-kira jam 12 tengahari itu rupa-rupanya panggilan terakhir sebelum dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kehilangan suaminya di laut.

"Saya betul-betul tak sangka jadi begini sebab masa terima panggilan itu, abang tak cakap apa-apa yang mencurigakan. Tak ada tunjuk kata-kata pelik atau kelakuan yang berbeza seperti sebelum ini," katanya kepada media. -Sinar Harian


Blog, Updated at: Tuesday, May 27, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG