Lazada Malaysia

Wanita China ditahan kerana disyaki melacur

SIBU: Satu bekas pembung­kus kondom, satu sarung kondom yang telah digunakan dan wang tunai berjumlah RM300 yang ditemui di dalam sebuah bilik urut sudah cukup dijadikan sebagai bukti untuk menahan seorang wanita warganegara China kerana melacur.

 Dalam operasi Ops Noda Khas ke atas sebuah pusat urut di Jalan Market di sini pada jam 10.40 malam kelmarin, pasukan polis mendapati wanita China berusia 42 tahun itu tergesa-gesa memakai pakaian tatkala seorang lelaki bangsa Cina yang dipercayai pelanggannya tanpa seurat benang.

 Pasangan yang berada di bilik urut No.16 itu dipercayai baharu sahaja menamatkan satu sesi ‘urut dan seks’ ketika polis menerjah masuk bilik-bilik di tingkat satu pusat urut tersebut.

Wanita China itu ke­mudian ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Kes­eksaan, manakala lelaki bersamanya dibawa ke balai untuk diambil keterangan sebagai saksi dan dibe­baskan kemudian.

Seorang lagi wanita tempa­tan, 49, berbangsa Cina turut ditahan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana ber­tindak sebagai penjaga atau pengurus premis. Kedua-dua wanita itu dita­han di lokap Balai Polis Sungai Merah.- utusan borneo


Blog, Updated at: Sunday, May 04, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG