Lazada Malaysia

Masalah Teknikal: Pesawat Maswing Selamat Mendarat Di Lapangan Terbang Labuan

KOTA KINABALU, 19 Jun (Bernama) -- Sebuah pesawat MASwings ATR72-500 penerbangan MH3041 dari Kota Kinabalu ke Labuan yang berlepas pada 7.30 pagi Khamis, selamat mendarat di Lapangan Terbang Labuan pada 8 pagi.

"Pesawat itu membawa 55 penumpang dan empat anak kapal. Apabila mendarat menghala ke Lapangan Terbang Labuan, satu daripada enjin pesawat mengalami masalah teknikal.

"Sebagai mematuhi prosedur operasi standard, kapten operasi dengan serta-merta memaklumkan ATC Labuan dan perkhidmatan sokongan lapangan terbang telah diaktifkan sepenuhnya," menurut MASWings dalam satu kenyataan, di sini, Khamis.

Menurutnya, semua prosedur perlu telah dilaksanakan dan didapati enjin nombor dua kapal terbang di dalam papan penutup bahagian enjin telah terpisah dan ditemui di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan itu, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. "Bagaimanapun, memandangkan keselamatan merupakan aspek terpenting syarikat, pesawat itu kini dilarang terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan kejuruteraan sebelum kembali berkhidmat," katanya. -Bernama


Blog, Updated at: Thursday, June 19, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG