Lazada Malaysia

Maut | Seorang Pelajar Ditembak Di Sekolah

POLIS mengesahkan seorang pelajar maut dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Reynolds di Troutdale yang terletak di timur Portland, pada Selasa.

Suspek yang merupakan seorang lelaki juga dijumpai terbunuh dalam insiden itu. Dia disyaki membunuh diri.

Polis berkata mereka dalam proses memberitahu keluarga terdekat pelajar dan lelaki bersenjata itu.

Bagaimanapun identiti kedua-duanya masih belum didedahkan.

Dalam kejadian yang sama, seorang guru turut dilaporkan tercedera.

Menurut pihak berkuasa, lelaki bersenjatakan senapang itu memasuki sekolah berkenaan dan melepaskan tembakan kira-kira pukul 8 pagi. -mstar


Blog, Updated at: Wednesday, June 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG