Lazada Malaysia

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Wanita Di Hotel Bajet

PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berumur 26 tahun untuk membantu siasatan berhubung kes seorang wanita ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah bilik hotel bajet, di Kelana Jaya di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP, Azmi Abu Kassim berkata suspek yang dipercayai abang ipar wanita itu ditahan di Hospital Teluk Intan, Perak awal hari ini setelah menerima maklumat orang awam.

"Suspek melarikan diri ke Teluk Intan dan dipercayai cuba minum racun. Namun, dia ditahan polis untuk membantu siasatan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau juga berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui sama ada wanita berusia 22 itu, juruwang di sebuah pusat terapi spa di sini, dirogol.

Mangsa dikatakan mendaftar masuk di hotel bajet itu dengan abang iparnya pada pukul 4 petang Isnin sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri tengah hari Selasa.

Mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan lebam di leher, katanya. -Bernama


Blog, Updated at: Wednesday, June 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG