Lazada Malaysia

Tidak Wajar Ugut Keluar Malaysia

KUCHING: Ugutan untuk Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia tidak wajar timbul daripada ahli-ahli politik yang mempunyai semangat patriotisme terhadap negara.

Penganalisis Politik Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata pihak tersebut boleh menuntut apa sahaja daripada kerajaan pusat tetapi bukan ugutan keluar dari Malaysia.

“Bagi saya, tuntutlah apa pun daripada kerajaan pusat – sama ada dua jawatan Timbalan Perdana Menteri atau 20 peratus bayaran royalti, tetapi janganlah lagi membuat gesaan untuk keluar dari Malaysia.

“Ini adalah negara kita bersama yang kita perlu jaga keutuhannya,” katanya di Facebook semalam mengenai gesaan ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.

Menerusi forum bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, Jeffrey berkata gesaan itu adalah untuk mem- bendung perasaan tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak.

“Kita perlu struktur semula, kita tak boleh biarkan begitu saja kerana ia sekarang berat sebelah.

“Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah daripada Malaysia,” kata Jeffrey dilaporkan sebuah portal berita.

Agus berkata lagi beliau faham perasaan tidak puas hati, tetapi menganggap Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah dan meng-ugut untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, ia bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan tetapi menunjukkan betapa tidak kuatnya semangat patriotisme ter-hadap negara.

Beliau berkata isu ketidak-adilan kerajaan pusat bukan hanya berlaku kepada Sabah dan Sarawak.

“Kelantan juga merasakan begitu apabila dinafikan haknya mendapat bayaran royalti ke atas minyak yang digali di perairannya.

“Tetapi Kelantan tidak mengugut untuk keluar Malaysia. Sebaliknya Kelantan mengambil tindakan melalui jalan politik dan undang-undang untuk menyelesaikan tuntutan ini,” katanya. -utusan Borneo


Blog, Updated at: Wednesday, June 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG