Lazada Malaysia

Lelaki Dakwa Dirinya 'UtusanTuhan' Diberkas

MIRI: Seorang lelaki mendakwa dirinya ‘Utusan Tuhan’ diberkas polis ketika cuba masuk ke sebuah kem tentera di sini tanpa kebenaran sah.

Berikutan itu, lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai warganegara Filipina itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Menurut sumber, sekitar jam 10 pagi semalam lelaki terbabit cuba masuk ke kem berkenaan di Jalan Airport, di sini namun ditahan anggota tentera yang bertugas di balai pengawal untuk tujuan pemeriksaan.

Ketika ditanya ke mana dia hendak pergi dan apa tujuannya, lelaki terbabit mengaku sebagai anggota tentera Filipina dan mendakwa dia datang ke kem berkenaan kerana diutuskan oleh Tuhan.

Sehubungan itu, pihak kem kemudian segera menghubungi polis.

Sepasukan polis tiba beberapa minit kemudian dan membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat.

Polis yang turut melakukan pemeriksaan badan ke atasnya tidak menemui sebarang dokumen atau bukti yang dapat menyokong dakwaannya sebagai anggota tentera Filipina.

Difahamkan ketika cuba masuk ke kem berkenaan, lelaki terbabit di bawah pengaruh dadah.

Malah, ketika disoal polis bagaimana dia boleh datang ke negeri ini lelaki terbabit memberitahu dia dibawa oleh satu ‘cahaya terang’.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Suprintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.-Utusan Borneo


Blog, Updated at: Tuesday, August 26, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG