Lazada Malaysia

SKMM & PDRM Siasat Kes Hina Agong Di Facebook

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes penghinaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh seorang individu di laman Facebook.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata siasatan telah dijalankan ke atas pemilik akaun Facebook bernama 'Chandra Lawan Tetap Lawan' bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan tegas.

"Sehubungan itu, SKMM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini yang boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu-gugat keluhuran institusi beraja," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman rasmi Facebook SKMM hari ini.

Dilapor individu tidak bertanggungjawab itu telah sengaja menghina Tuanku Abdul Halim dengan memuat naik gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah baginda di laman Facebook.

Mohamed Sharil berkata pada masa sama, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Jelasnya, ini kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. -Mstar


Blog, Updated at: Thursday, August 07, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG