Lazada Malaysia

Kemalangan | Libatkan Empat Kenderaan, Penunggang Motorsikal Maut



gambar dari sarawakiana.net
KUCHING: Seorang penunggang motorsikal maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van di Jalan Tun Jugah,Kuching Berdekatan Flyover BDC di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek mengesahkan kejadian menyatakan kemalangan berlaku lebih kurang jam 8:30 malam.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Toyota Hilux yang datang dari arah Batu 7 menghala ke pusat bandar telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Toyota Hilux tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah kenderaan vrvan yang bergerak lurus menghala ke Batu 7, manakala mangsa yang menunggang motosikalnya yang sedang bergerak mengekori van telah melanggar van berkenaan dari arah belakang.

Sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang juga dari arah pusat bandar menghala ke Batu 7 tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan Hilux tersebut.

Mangsa yang dikenalpasti identitinya sebagai Abu Bakar Sam, 44 tahun maut ditempat kejadian dan kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1)apj 1987. -Sarawakiana


Blog, Updated at: Tuesday, September 09, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG