Lazada Malaysia

Menarik | Replika Pedang Rasulullah Di Muzium Terengganu

KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Bernama) -- Replika Pedang Rasulullah SAW dan pedang yang pernah digunakan para sahabat adalah antara koleksi yang disediakan dalam Pameran 1001 Senjata di Muzium Negeri Terengganu mulai hari ini.

Penolong Kurator Kanan, (Pendaftaran) muzium, Mohd Arifin Muda berkata ia adalah antara tarikan utama pameran kali ini memandangkan pedang tersebut kini tersimpan rapi di Muzium Topkapi, Istanbul di Turki.

"Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan hak untuk mempamerkan replikanya di sini dan sangat berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri replika pedang itu.

"Selain itu, pameran kali ini turut menyajikan ratusan koleksi senjata di seluruh Nusantara yang digunakan sejak 600 tahun dahulu, sejak kerajaan Majapahit sehinggalah ia mengalami pelbagai transformasi membawa kepada terciptanya senjata moden ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian yang disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong.

Mohd Arifin berkata pihak muzium turut bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempamerkan pelbagai jenis senjata termasuk yang digunakan ketika era penjajahan dahulu.

"Kami turut merancang untuk mengadakan pelbagai program sampingan sepanjang tiga bulan pameran ini berlangsung termasuk pertandingan keris yang terbuka kepada orang ramai awal bulan depan.

"Pameran ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai kehebatan nenek moyang kita menggunakan senjata untuk mempertahankan kedaulatan negara," katanya sambil menambah pihak muzium menyasarkan 50,000 orang akan mengunjungi pameran itu.- Bernama


Blog, Updated at: Tuesday, September 09, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG