Lazada Malaysia

PRN 11: Calon Bebas antara teramai mohon permit ceramah

KUCHING: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) merupakan antara yang teramai memohon permit untuk menganjurkan ceramah di seluruh negeri sejak hari penamaan calon.

Jurucakap polis ACP Mohd Haris Daud berkata, pihaknya menerima sebanyak 97 permohonan permit untuk menganjurkan ceramah sehingga jam 11.30 pagi semalam.

“Sehingga jam 11.30 pagi ini (semalam), kita menerima sebanyak 97 permohonan permit untuk menganjurkan ceramah, antaranya 32 adalah daripada calon Bebas, 37 Barisan Nasional (BN) dan 17 daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Menurutnya lagi, antara isu yang dibangkitkan dalam ceramah sejak hari pertama berkempen oleh parti pembangkang ialah berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kuasa autonomi.

Manakala oleh Barisan Nasional (BN) kebanyakannya berkenaan keharmonian serta peluang pekerjaan hasil pembangunan ekonomi.

Sementara itu, Haris turut memberitahu pihaknya menerima enam laporan polis pada Selasa lepas dan membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah).

“Keseluruhannya, kita telah menerima sebanyak 12 laporan dan tujuh kertas siasatan telah dibuka sejak hari penamaan calon, namun belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Sumber Borneo Post Online


Blog, Updated at: Thursday, April 28, 2016

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG