Lazada Malaysia

BOT KARAM | SEMUA MAYAT SUDAH DI TEMUI


UPDATES
BINTULU: Semua 13 mayat penumpang yang hilang dalam tragedi bot ekspres karam di Sungai Anap, Tatau dekat sini pada Isnin le-pas ditemui apabila pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tujuh mayat terakhir, semalam.
Pada dua hari sebelumnya, enam mayat ditemui terapung di kawasan kejadian di kem pembalakan Kelebu, kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Mayat Amilia Peter, 3; Peter, 28;  Alicia Emelda Sum-ping, 5; Jau Deng, 43; Empam Untam, 40-an; Lenny Ibun, 9; dan Udah Engkeramat, 22; dijumpai berasingan.
Mayat-mayat mangsa dijumpai antara jam 12.30 ma-lam kelmarin dan 9 pagi semalam.
Kelmarin dan pada Isnin, hari kejadian, enam mangsa yang ditemui pasukan penyelamat ialah Bermas Victor Nyuin, 26; Lily Manggie, 38; Wilfred Ukir Salleh, 56; Wong Siew  Guan, 21; Miyas Renggan, 70; dan Jennifer Yak, 10 bulan.
Ketua Polis Tatau DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menjumpai semua mangsa yang terkorban di sekitar kawasan kejadian dan yang paling jauh ditemui adalah yang hanyut sekitar 300 meter.
Meskipun mereka yang dilaporkan hilang telah dijumpai semua, menurut beliau pasukan pencari dan penyelamat masih berada di kawasan kejadian, diletakkan dalam ke-adaan berjaga-jaga.
“Kemungkinan ada saudara-mara mangsa lain yang akan membuat laporan kemudian apabila mengetahui mereka kehilangan ahli keluarga.
“Operasi ini berjaya menemui semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi dengan kerjasama baik daripada agensi-agensi penyelamat lain,” katanya ditemui di tempat kejadian, semalam.

Malah, pekerja kem pembalakan dan penduduk setempat memberi kerjasama sepanjang operasi tersebut.
Beliau yang juga ketua ope-rasi berkata bot ekspres itu akan diserahkan kepada Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) untuk tindakan lanjut.
Zaizodin yang menyifatkan tragedi itu sebagai satu pengajaran kepada semua pihak terutama syarikat bot ekspres daripada aspek penggunaan jaket keselamatan di kalangan penumpang.
“Syarikat bot ekspres wajar memastikan para penumpang memakai jaket keselamatan,” ujarnya.
Beliau turut mengesyor-kan agar pemandu atau pekerja bot ekspres merekodkan setiap pergerakan keluar masuk para penumpang sepanjang perjalanan.
Ini adalah untuk mengetahui jumlah sebenar penum-pang pada satu-satu masa.
“Pemandu bot ekspres yang bertanggungjawab juga perlu memikirkan nyawa dan keselamatan penumpang adalah di bawah tanggungjawabnya,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati kecuaian pemandu merupakan penyebab tragedi yang menyaksikan 13 terkorban dan 17 orang penumpang selamat.
Antara mereka yang terselamat ialah Zamhari Azmi, 39; Chai Ngim Fat, 39; Mohamad Dol, 44; Agnes Oliver Sum-ping, 2; Hellena Mena, 3; Jackson Ujik, 39; Silvia Jackson Kasim, 21; Emila Jackson, 1; Lio Jok, 50; Dayang Rezalina, 27; Silo Gerenang, 58; Ebie Biju, 35 dan Sim Chi Liang.

 sumber: borneo post


Blog, Updated at: Friday, October 22, 2010

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG