SIBU, 3 Jan (Bernama) -- Empat sekeluarga, dua daripadanya kanak-kanak ditemui mati dibunuh dengan kejam di kediaman mereka di sini pagi Selasa, manakala seorang lagi budak lelaki yang parah sedang bertarung nyawa di hospital.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Lau Heng Soon berkata mereka yang mati dikenal pasti sebagai ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh.
Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala, katanya pada sidang akhbar, di sini.
Law berkata isteri Tong Hock, Li Xiao Lan, 28, sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran melalui tingkap selepas terdengar bunyi bising di tingkat bawah kediaman mereka, dan pintu bilik tidurnya pula ditendang oleh beberapa individu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis menolak rompakan sebagai motif serangan, memandangkan rumah tersebut tidak digeledah serta tidak ada barangan yang dipercayai hilang.
-- BERNAMA
Senyum
6 years ago
0 comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.