Lazada Malaysia

TUTORIAL BLOG | CARA MEMBUAT SCROLL DI SIDEBAR WIDGET BLOG

Tentu ramai di kalangan blogger yang sudah tahu cara membuat scroll di sidebar widget. Kebaikan membuat scroll ini adalah untuk menjimatkan ruang blog kita supaya ia nampak kemas dan menarik. contoh yang paling senang adalah ketika anda membuat bloglist. Walaupun blogspot telah menyediakan alat untuk bloglist ini  tetapi ia tidak mempunyai scroll seperti yang ingin saya kongsikan di sini.

alert!!! sila backup dulu template anda untuk sebarang kemungkinan. :)

Langkah 1

Login - dashboard -design -edit html dan tick kotak expand widget templates

Langkah 2

Untuk memudahkan anda mencari kod di bawah tekan CTRL+F atau F3.

<div class='widget-content'>

Langkah 3

Bila dah jumpa kod tersebut, SILA GANTIKAN DENGAN KOD DIBAWAH INI.

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:100px;'>

Langkah 4
Klik preview dan kalau tak ada error, bermakna anda telah berjaya lakukannya.
Anda boleh melihat contohnya di Bloglist sidebar blog ini.

Psstt; setakat ini hasilnya tak ada error. Selamat mencuba.
Anda juga boleh membuat scrolling di widget lain selain daripada Bloglist. Hanya ikut langkah-langkah di atas.

Klik di sini untuk MEMBUAT SPOILER DI BLOG

Sumber tutorial ni dari pelbagai.


Blog, Updated at: Saturday, February 04, 2012

1 comments:

  1. Thanks for tutorial. Benar-benar bermanfaat. Senang bisa buat scroll bar untuk category

    ReplyDelete

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG