Lazada Malaysia

MH370: Bluefin-21 teruskan misi ketujuh


PERTH: Bluefin-21, kenderaan dalam air (AUV), meneruskan misi ketujuh pada Sabtu, untuk pencarian dalam air bagi mengesan pesawat Penerbangan MH370 Malaysia Airlines di selatan Lutan Hindi.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu telah memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini.

“Semalaman Bluefin-21 AUV menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalam air dan data yang dikumpul kini sedang dianalisis,” kata agensi itu dalam satukenyataan di sini.

Tiada sebarang penemuan berkaitan ditemui.

Bluefin-21, yang dilengkapi sistem pengesan sonar dihantar untuk misi sulungnya pada Isnin, dengan harapan dapat mengesan sebarang serpihan pesawatMalaysia yang hilang dalam air memandangkan tiada lagi isyarat yang disahkanoleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu.

Ia menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkansatu-satu misi itu, yang termasuk empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan.

Untuk misi pada Sabtu, agensi itu berkata Lembaga Keselamatan Maritim  Australia telah merancang usaha pencarian secara visual di kawasan kira-kira50,200 km persegi, merentas tiga kawasan.

Sebelas pesawat tentera dan 12 kapal terbabit di kawasan pencarian itu, menurut kenyataan itu.

Ramalan cuaca semalam melaporkan hujan di setengah-tengah tempat dengan tiupan angin timuran selatan,” kata agensi itu. — Bernama


Blog, Updated at: Sunday, April 20, 2014

1 comments:

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG