Lazada Malaysia

Seorang Warga Emas Ditipu akibat ‘Bantuan Kebajikan’


MUKAH: Seorang warga emas berusia 70-an ter­paksa menanggung keru­gian bernilai RM10,000 selepas mendakwa ditipu oleh seorang wanita tidak dikenali yang kononnya ingin menawarkan bantuan kebajikan.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Omar Bakhtiar Yacoob memberitahu, menurut lapo­ran mangsa, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang membeli-belah di pasar pada kira-kira jam 11.30 pagi, 8 April lepas.

Menurut beliau, mangsa tiba-tiba dipeluk oleh seorang suspek wanita berumur 30-an tidak dikenali yang menawar­kan bantuan kebajikan kepada mangsa.

“Suspek telah memperken­alkan diri kepada mangsa ba­hawa dia merupakan pekerja dari Pejabat Daerah untuk membantu golongan warga emas dan ingin memberi bantuan kebajikan kepada mangsa.

“Seterusnya, mangsa dipel­awa untuk pulang ke rumah­nya (mangsa) di Kampung Petanak menggunakan kend­eraan jenis Toyota Hilux ber­warna putih, sementara dua lelaki sedang menunggu di dalam kenderaan tersebut,” ujarnya pada sidang media di IPD Mukah, semalam.

Omar berkata, modus op­erandi suspek ialah menipu kononnya memberi bantuan kebajikan dengan harapan warga emas tersebut mem­percayai kata-katanya.

“Selepas membawa mangsa ke rumah mangsa di Kam­pung Petanak, suspek terus membawa warga emas itu ke sebuah pondok usang berdekatan dengan Anggun Beach Resort untuk sesi bergambar.

“Ketika keluar dari kereta suspek untuk bergambar, kesemua barangan dan beg galas mangsa ditinggalkan di dalam kereta suspek.

“Kemudian, tiba-tiba sus­pek memberitahu telefon bimbitnya kehabisan bateri lalu berpatah balik ke kereta. Pada saat itulah mereka lari meninggalkan warga emas tersebut di situ,” jelasnya sambil menambah, mangsa terus membuat laporan polis pada hari kejadian.

Omar turut menyifatkan kejadian itu sama seperti yang berlaku pada bulan September tahun lepas di mana seorang warga emas dipukau untuk mengambil barang berharga.

“Bagaimanapun, kejadian seumpama ini jarang berlaku namun sudah timbul semula,” katanya.

Justeru, beliau menasihati masyarakat di sekitar Mukah khasnya supaya berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan orang yang tidak dikenali sekiranya mereka bertindak mencurigakan.

Beliau juga memohon masyarakat agar memberi kerjasama kepada pihak polis dengan memberi maklumat mengenai kes seperti itu.

sumber borneo post


Blog, Updated at: Friday, April 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG