Lazada Malaysia

Jangan Sewenang-Wenang Tukar Kerajaan - Najib

KUANTAN, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya bertindak menukar kerajaan yang ada pada hari ini.

Ini kerana, katanya, kerajaan hari ini terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki rakyat.

"Kita jangan nak tukar kerajaan (hari ini), kita nak perubahan, yang penting kita nak perubahan dan kemajuan...buat apa nak tukar sekiranya parti (Barisan Nasional) boleh menunaikan dan melaksanakan perubahan dan kemajuan, jadi buat apa nak tukar.

"Sebab kalau kita nak tukar, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh tunaikan apa yang kita tunaikan untuk rakyat, bukan nak tukar kerana nak tukar tapi kena tahu kesudahannya ," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan Geran Hak Milik Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Seri Damai, dekat Kuantan, Khamis.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata banyak negara yang menukar kerajaan selepas digulingkan rakyat seperti Thailand dan Mesir tidak memiliki penyudahan seperti yang yang diharapkan.


Beliau berkata rakyat sepatutnya yakin dengan kerajaan hari ini dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan geran tanah RTK kepada 167 peserta dengan setiap seorang peserta diberikan satu lot tanah berkeluasan 0.4 hektar.

Kampung Seri Damai diisytiharkan sebagai RTK pada 18 November 1985 bersama 36 RTK lain di daerah ini. --BERNAMA


Blog, Updated at: Friday, April 11, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG