Lazada Malaysia

Panda gergasi dari China tiba Rabu ini

KUALA LUMPUR: Sepasang panda gergasi dari Chengdu, China yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dijadual tiba di sini pada Rabu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

"Kedua-dua panda gergasi itu dijadual dihantar dari China pada malam Selasa dan tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada pagi Rabu.

"Pasangan panda itu kemudian akan dibawa ke Zoo Negara dan dikuarantin selama lebih kurang sebulan di penempatannya yang telah siap dibina," katanya selepas Majlis Penganugerahan Tokoh Tun V.T.

Sambanthan di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dijadual ke Zoo Negara pada 25 Mei ini bagi melawat pasangan panda itu, yang diberi nama Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

Kerajaan China sebelum ini menunda penghantaran dua beruang itu, yang pada mulanya dijadualkan April lepas, berikutan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.-mymetro


Blog, Updated at: Sunday, May 18, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG