Lazada Malaysia

Liga Super: Sarawak Harap Dapat Satu Mata Dalam Pertemuan Dengan Singapura

KUCHING, 12 Jun (Bernama)-- Berikutan kemenangan selesa di tempat sendiri menewaskan pasukan T-Team, skuad liga perdana Sarawak berlepas ke Singapura hari ini dengan harapan mendapat sekurang-kurangnya satu mata ke atas juara musim lepas, Lions XII.

Pemergian awal pasukan itu adalah bagi mendapatkan latihan yang baik di padang tiruan Stadium Jalan Besar, Singapura.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Robert Alberts mengakui ia bukan perlawanan yang mudah bagi pasukannya di stadium itu pada Sabtu tetapi beliau optimis anak didiknya boleh mengutip sekurang-kurangnya satu mata daripada pertemuan itu.

Katanya pungutan mata itu amat diperlukan untuk terus kekal dalam liga Super pada musim depan.

Ia amat selesa bagi pasukan itu jika menang dalam pertemuan dengan Lions XII (bagi mendapat tiga mata) yang akan mengesahkan kedudukan mereka dalam Liga Super musim depan.

Selepas selesai 19 perlawanan, Sarawak kini berada di tempat keenam dengan 28 mata berkongsi mata yang sama dengan Kelantan yang berada dalam kedudukan kelima.

Sarawak menumpaskan pasukan dari seberang tambak itu 3-1 pada pusingan pertama liga Super di stadium negeri di sini pada 15 Mac.

"Ia bukan mudah untuk pergi bermain di Singapura tapi biarlah kita berharap kita dapat raih sekurang-kurangnya satu mata," kata Alberts.

Sementara itu, Sarawak akan menghadapi Lions XII dengan satu pasukan yang kuat dengan kembalinya pemain pertahanan Gabor Gyapes yang digantung satu perlawanan apabila Sarawak menewaskan T-Team, di Kuching, Selasa lalu.

"Dengan Gyapes, penyerang Muamer Salibasic dan Ryan Griffiths, pasukan ini mampu memberi tentangan yang sengit kepada Lions XII," kata penyokong setia pasukan Sarawak, Mohd Ariff, 26. -Bernama


Blog, Updated at: Thursday, June 12, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG