Lazada Malaysia

Perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 km di pantai timur Sabah dalam tempoh 48 jam

Polis akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah dalam tempoh 48 jam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah drastik itu diambil bagi mengukuhkan keselamatan di kawasan terbabit.

Menurut Khalid bagi melengkapkan laluan itu, perintah berkurung akan dilakukan untuk mengelak daripada penyalahgunaan laluan tersebut.

“Perintah berkurung ini akan dilakukan diwaktu-waktu tertentu. Ini penting kerana ingin memastikan laluan laut yang ditetapkan ini tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh,

“Laluan yang digazetkan ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Khalid ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan perintah berkurung selepas insiden penculikan warga China yang dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik pada Mei lalu.

Menurut Khalid, sebagai langkah tambahan, jumlah keanggotaan pasukan keselamatan juga akan ditambah dengan 330 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM).

“Anggota-anggota ini akan ditambah di kawasan panas seperti di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan dan mereka akan ditempatkan khsusnya di pusat-pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan sangkar,” katanya.

Sejumlah besar aset termasuk aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan asset air milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan dihantar ke kawasan strategik di pantai timur sabah.

Dalam pada itu, PDRM akan menjalankan kepolisan masyarakat dengan nelayan pantai dan laut dalam bagi memastikan maklumat jenayah disampaikan dengan cepat kepada pihak berkuasa.- astro


Blog, Updated at: Thursday, July 17, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

NUFFNANG