Lazada Malaysia

Kes Bunuh | Reman Dilanjutkan

KUCHING: Mahkamah Majistret semalam melanjutkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga lelaki untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan dua pelajar warganegara Britain pada 2 Ogos lalu.

Majistret Portia Tham Ong Leong membenarkan lanjutan reman terhadap penjual ikan, 28, mekanik, 23, dan remaja, 19, sehingga 20 Ogos ini apabila tempoh tahanan mereka berakhir semalam.
Pegawai Penyiasat Kanan ASP Rejali Angong memohon lanjutan reman itu untuk menjalankan siasatan lanjut secara terperinci termasuk bagi memperolehi laporan kimia serta merakamkan percakapan saksi-saksi kejadian.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Suspek pertama, 28, yang merupakan penjual ikan dari Jalan Sungai Maong diwakili peguam Lee Liam Kee, manakala suspek kedua dan ketiga tidak diwakili mana-mana peguam.

Ketiga-tiga suspek kelihatan tenang ketika dibawa ke mahkamah semalam.

Selain media tempatan, kes itu turut mendapat perhatian daripada media nasional serta luar negara.

Suspek keempat dijangka dibawa ke mahkamah hari ini memandangkan perintah reman terhadapnya dikeluarkan lewat sehari meskipun ditangkap pada hari sama dengan tiga suspek pertama.

Manakala, perintah tahanan reman bagi suspek kelima, 55, pula akan berakhir Sabtu ini.

Peguam Shankar Ram Asnani dan Daniel Ling pula menjadi pemerhati bagi akhbar dari United Kingdom, Daily Mirror, atas sebab ‘tuntutan kemanusiaan untuk melihat keadilan.’

Aidan Brungar, 22, dan Neil Dalton, 23, pelajar perubatan yang men jalani latihan amali di sebuah hospital di sini, dipercayai dibunuh pada kira-kira jam 4.15 pagi di Jalan Abell, 2 Ogos lepas. -Utusan Borneo


Blog, Updated at: Thursday, August 14, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG