Lazada Malaysia

Sindiket Jual Sijil Cuti Sakit Palsu Tumpas

SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Polis Shah Alam mematahkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.

Beliau berkata suspek pertama yang bekerja sebagai penghantar surat diberkas di sebuah stesen minyak di Seksyen 19 di sini pada pukul 11 malam, hasil penyamaran seorang anggota polis sebagai pelanggan.
"Penangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Seksyen 18 di sini dan pihak kami berjaya menahan suspek kedua berumur 32 tahun serta merampas beberapa bahan bukti yang digunakan untuk mengeluarkan sijil cuti sakit palsu seperti stamp pad dan buku sijil cuti sakit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Azisman berkata siasatan awal mendapati sijil cuti sakit palsu ini dijual oleh sindiket dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 sekeping mengikut sektor pekerjaan.

Beliau berkata pelanggan dalam kalangan penjawat awam akan dikenakan harga lebih mahal berbanding pekerja swasta.

"Kedua-dua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket ini, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan tipu. -Bernama


Blog, Updated at: Friday, August 15, 2014

0 comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen, hasutan atau unsur jenayah yang menyalahi undang-undang Negara. Setiap komen adalah liabiliti peribadi pihak yang membuat komen.

Followers

Lazada Malaysia

NUFFNANG